University of Edinburgh

                                                         University of Edinburgh

University of Edinburgh The University of Edinburgh (UoE) was ranked 20th in the world university ranking; 5th in the United Kingdom and 1st in Scotland. This university is globally recognised for its excellent in research, teaching, development and innovation.

The College of Medicine and Veterinary Medicine This college is the leading research centre in the UK for the clinical medicine and clinical veterinary medicine. It provides access to world-class teaching and research, state-of-the-art facilities, hospital and multiple research co-location and collaboration, critical mass researchers, major imaging modalities, clinical trial supports, transferable skills programmes and more.

Four research institute bring twelve Interdisciplinary Reseach centre:

1. Queen’s Medical Research Institute

2. Edinburgh Neuroscience

3. Institute of Genetics and Molecular Medicine

4. The Roslin Institute Royal (Dick) School of Veterinary Studies

I already been accepted to study doctoral level in this school. This school established in 1823, is a world leader in veterinary education, research and clinical care. Incorporating the Roslin Institute, the School has research programmes spanning all aspects of veterinary medicine from molecules and genes through to animal and human population.

The school is a partner in the Easter Bush Research Consortium, which includes The Roslin Institute, the Moredun Reserch Institute and the Scottish Agricultural College, and represents the highest concentration of animal scientists in Europe and arguably the world. The Roslin Institute Here I would like to brief my future place at The Roslin Institute.

The Roslin Institute aims to enhance the lives of animals and humans through world-leading research using top-class basic and translational science to tackle some of the most pressing issues in animal health and welfare, their implication for human health and for the role of animals in the food chains.

Last year in 2011, the institute moved to a new state-of-the-art building on the University of Edinburgh’s veterinary campus at Easter Bush. The Roslin Institute’s mission is to gain fundamental understanding of genetic, cellular, organs and system bioscience underpinning common mechanisms of animal development and pathology, and to drive this into prevention and treatment of important veterinary disease and develop sustainable farm animal production systems.

Alumni Famous alumni of UoE include NASA astronout Piers Sellers; former UK prime minister Gordon Brown; former MI5 Director General Stella Rimmington; former Canadian prime minister Sir Charles Tupper; novelist Ian Rankin; Olympian Chris Hoy.

Looking further back, some of the distinguished former students include the philosopher David Hume, geologist James Hutton, physicist James Clark Maxwell, investor Alexander Graham Bell and novelist Sir Arthur Conan Doyle.

Perhaps most famous student was Charles Darwin, who studied here in 1800s. (Source from University of Edinburgh prospectus).

Sikit-sikit lama-lama jadi bukit

Petang yang syahdu. Menanti waktu berbuka puasa yang tinggal 30 minit lagi. Macam-macam perkara dilewati dan dihadapi saban hari.

Puasa mengajar erti kehidupan sebenar. Bulan Ramadhan penuh barokah. Penuh dengan keampunan dan kurniaan daripada-Nya. Hanya yang sedar akan kehadirannya pasti mengejarnya.

Hari ini sudah masuk 2/3 Ramadhan. Dalam hadith Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Imam Muslim,

Bulan Ramadhan itu awalnya rahmat, pertengahannya keampunan dan pengakhirnya adalah kemerdekaan (dilepaskan) dari neraka.

Terlalu banyak dosa dan maksiat yang kita lakukan saban hari, dosa kecil dan dosa besar semuanya kita tidak ambil peduli. Ya, Allah ampunkanlah hamba-Mu ini yang lemah dan terlalu banyak dosa pada-Mu. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Menyayangi.

Bulan Ramadhan, ustaz-ustaz pernah cakap ‘syaitan akan dirantai pada bulan Ramadhan, kalau kita buat jahat jugak maksudnya kita lah sebenarnya yang jahat’.

Jadi, bulan Ramadhan lah masa terbaik untuk kita bermuhasabah diri kita. Tengok dan cermin balik apa yang kita dah buat dalam tempoh 11 bulan kebelakangan ini.

Insya-Allah kita dapat memerangi nafsu dalam diri kita. Kita kena ajar dan kekang nafsu ini dari bermaharajalela sentiasa. Kalau sebelum ni kita kurang solat, kita rajin-rajinlah bersolat. Kalau sebelum ni kita jarang pergi surau/masjid, rajin-rajinlah ke sana. Kalau sebelum ni kita jarang bersedekah, rajin-rajinlah bersedekah.

Sikit-sikit lama-lama jadi bukit.

Ya, memang susah nak buat baik sekaligus. Kalau sebelum ni kita cincai-cincai je buat apa yg Allah suruh, kali ini cuba kita buat betul-betul. Sikit-sikit tapi Istiqamah. Dalam hadith Rasulullah SAW riwayat Imam Al –Bukhari dan Muslim yang bermaksud,

Amalan yang paling disukai Allah ialah pekerjaan yang berterusan (istiqamah) walaupun sedikit
Cuba bayangkan kereta buruk yg dapat lama tak bawak racing, tiba-tiba kena bawak racing oleh tuan dia, tak ker cabut habis skru-skru kereta tu. Macam tu dengan kita manusia ni yang banyak kelemahan dan kesilapan. Buat sikit-sikit Insya-Allah lama-lama melekatlah amalan yang baik dalam diri ini.

Kekalkan momentum!

Jom kita meneruskan dan mengekalkan amalan yang telah kita buat semasa bulan Ramadhan yang baru sahaja berlalu. Amalan ibadah kita jangan hanya kita buat masa bulan puasa tetapi jatuh merudum. Biarkan momentum itu berterusan bukan sahaja ke bulan Ramadhan akan datang tetapi sampai ke akhir hayat.

Kalau time Ramadhan kita selalu solat berjemaah, selepas Ramadhan pun kenalah selalu berjemaah. Insya Allah akan melekat amalan tersebut jika kita teruskan dan kekalkan amalan tersebut. Moga-moga Allah mempermudahkan dan memberkatikan amalan ibadah kita di dalam bulan Ramadhan yang penuh barakah!

Kalau kita sudah mula membaca Al-Quran setiap hari, teruskan membaca walaupun hanya satu ayat! Membaca yang jarang membaca akan terasa payah, tetapi sekali kita pegang Al-Quran, insya Allah akan terasa rindu kalau kita tak membaca. Kalau nak baca Al-Quran, selain dari pegang mushaf, boleh kita baca tanpa membaca mushaf contoh dalam solat, dan zikir selepas solat. Baca surah-surah lazim yang biasa kita baca. 

Kalau kita bersedekah bulan Ramadhan sememangnya akan dilipat gandakan pahala seseorang itu. Tapi alangkah baiknya jika kita teruskan amalan tersebut. Paling tidak pun time solat jumaat derma RM5. Biar sikit tapi istiqomah dari bagi banyak tapi sekali itu je, pastu tamau dah.

Paling penting beserdahana dan isitiqomah dalam melakukan amalan ibadah kita kepada Allah SWT. Moga-moga Allah memandu kita ke jalan yang diredhai dan dirahmatinya. Seperti mana ayat di dalam surah Al-Fatihah yang kita baca sekurang-kurangnya 17 kali iaitu:

1:5Engkaulah yang kami sembah, dan kepada Engkaulah kami memohon pertolongan.

(Al-Fatihan, Surah 1, Ayat 5)

 

Kepada Allah sahajalah kita mencari tempat pertolongan, letakkan 100% tempat mengadu kepada Allah, insya Allah akan membantu kita tak kira apa jua masalah kita termasuklah istiqomah dalam melakukan kebaikan. Sebab untuk mencapai sesuatu tidak payah tetapi untuk mengekalkan memang payah! Wallahua’lam.

Kisah 20 sen

Gempak gempita kedengar kisah 20sen sampai ke bumi kerajaan bersatu sini. Rupanya harga minyak naik lagi 20 sen pada 2 September lepas selepas hari kemerdekaan negara yang ke-56. Saja nak menyelit fakta, kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1957, Sabah dan Sarawak pada tahun 1963.

Jadi, begitulah cerita kat Malaysia tanah tumpahnya darah kita, dan ayat ini jugak yang jadi motto hari kemerdekaan kita tahun ini 2013. 20 sen menjadi isu hangat negara sebab dalam keadaan ekonomi yang tak cukup stabil apatah lagi ekonomi sendiri, lagi lah tak stabil. Tapi kena lihat dari semua segi apa yang terjadi.

Mula-mula PM cakap tak akan naik harga minyak selepas PRU. Tapi akhirnya naik jugak. Tak silap, kes yang sama pada PRU yang lepas yang mana janji tak nak naik harga minyak tapi naik jugak. Tapi tulah keadaan hanya masa menentukan. Bila dah naik, nak mengundi balik kena tunggu 5 tahun lagi la. Jadi yang demikian, PM bagi alasan untuk kurangkan subsidi dan nak kaji naik BR1M.

Pada pandangan saya, masalah minyak ni kebanyakan orang yang duk kat bandar-bandar, orang duk kampung tak ada masalah sebab tak guna mana pun minyak ni. Yang terkesan adalah orang bandar. Tapi PM nak naikkan harga BR1M, dan BR1M termasuk orang bandar dan luar bandar. Tapi alasan dan penyelesaiannya tak kan hanya perlu menaikkan harga minyak?

Sekarang harga minyak RON95 RM2.10 adalah lagi murah berbanding negara. Tu fakta! Fakta yang diberikan menteri! Tapi kita pengeluar minyak, kenapa minyak mahal. Untuk apa duit banyak tapi tak sampai kepada kita rakyat marhaen. Ramainya yang merungut marah dan geram pada kerajaan termasuk golongan penyokong kerajaan. Tapi ada yang rileks dengan kenaikkan ni mereka akan lebih berjaga-jaga dalam kehidupan seharian.

Apa fakta yang diberikan golongan yang marah, geram pada kenaikan ini? Akan naik segala macam barangan keperluan seharian, walaupun tak naik banyak 10, 20 sen setiap barangan, kalau dah sepuluh barang naik, tak ke dah naik RM1 untuk sekali berbelanja? Ada jugak yang bagi fakta, dengan mengambil kira penggunaan petrol adalah sama, peningkatan perbelanjaan untuk petrol akan naik sekaligus menjejaskan keseluruhan perbelanjaan yang lain. Apa akan jadi pada golongan rendah? Dapat BR1M tapi dapat cover untuk sebulan dua bukan? Minyak naik mungkin setahun dua.

Saya pun tak faham sangat situasi sebenar minyak di Malaysia. Tapi yang saya nak cerita adalah kisah minyak kat UK ni. Harga minyak kat ni variable, akan sentiasa berubah mengikut hari dan minggu. Paling penting setiap company minyak punyai harga yang berbeza, jadi pengguna boleh pilih yang mana paling murah. Walaupun hanya berbeza 10p-20p akan memberi impak juga. Harga sekarang lebih kurang  £1.35 seliter ( £1=RM4.8).

Menarik di UK, hypermarket macam tesco, asda, morrisons ada stesen minyak tersendiri dan harganya memang lagi murah banding dengan esso, bp dan shell. Jadi, kalau dah shopping kat sini bolehlah terus isi minyak yang murah! Lepas tu tengok kawasan, kalau kawasan luar bandar, harga minyak lagi murah berbanding di bandar. Itulah kisah minyak di UK. Lain orang lain caranya untuk menguruskan minyak ni.

p/s: Pada saat entri ini ditulis, minyak RON97 naik 15 sen…

Muhasabah Cinta – Edcoustic

Wahai… Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu

Tuhan… Baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu

Reff. :
Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ilahi….
Muhasabah cintaku…

Tuhan… Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu